*


************************************************************************************************************************************************************************************************

Friday 14 March 2014

Apa itu Stimulaterapi?

Stimulaterapi ialah satu kaedah rawatan terapi yang diasaskan oleh Dato' Dr Rusly Abdullah (DIMP, PJK). Terapi ini ialah satu terapi holistik yang berupaya menyeimbangkan tubuh badan, minda dan semangat sekaligus merangsang atau menggalakkan kepada gaya hidup yang sihat. Terapi ini adalah satu kaedah rawatan yang berasaskan sistem perubatan tradisional/awal seperti mana juga yang tertulis dalam Huang Di Nie Jing - The Yellow Emperor book of medicines.

Ianya merupakan satu kaedah perubatan yang merangsang titik-titik tertentu pada tubuh mengikut prinsip keseimbangan ying dan yang melalui terapi urutan dan accupressure (tekanan menggunakan jari). Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada kesihatan organ-organ tertentu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh membentuk saluran tenaga (energy channel) atau meridian tubuh.

Persatuan Pengamal Stimulaterapi Malaysia ("PESTIMAL")

(1535-11-6EL)
 
 

No comments:

Post a Comment