Kak Yang mula mencuba stimula sewaktu team
stimula Kak Ija turun ke Sg Petani. Sejak hari tu, hati kecil Ibu merasakan
terapi ini amat sesuai buat Kak Yang. Cara rawatan yg lembut dan tidak terlalu
extreme. Selepas balik dari terapi, Kak Yang mula batuk dan memuntahkan kahak
sepertimana telah diberitahu oleh Kak Ija; kesan dari terapi tersebut.
Kami meneruskan terapi Kak Yang di Port Klang.
Kak Yang semakin menampakkan perubahan posisitf selepas menjalani terapi selama
tiga hari berturut. Ibu menguatkan hati, mula membuka ryles tube Kak Yang sejak
dari hari tersebut. Alhamdulillah Kak Yang mula pandai menghisap kembali susu
botol dan jugak breastfeeding. . Walaupun pada mulanya amat risau kerana Kak
Yang kurang makan dan berat badan susut mendadak. Namun dengan tekad dan
tawakkal kepada Allah, semakin hari semakin pandai menelan. Kak Yang juga dah
pandai makan bubur nasi dan nestum.
Julai 2013
Biar gambar ini berbicara sendiri.. Siapa sangka anak yang hampir setiap hari menghabiskan masa di hospital sebelum ini telah sihat sebenuhnya. Tiada lagi ryles tube, mesin suction, nebulizer, pnemonia, fibrele fit, demam panas, sembelit... Dia kini mampu menyusu seperti biasa, makan soft diet, bergolek ke kiri dan kanan, menjulur ke depan walau hanya sedepa, sedang cuba untuk duduk dan berdiri. Syukur.. Syukur..
Catatan diambil daripada blog dan FB ibu Nur Aida Qalesya: http://darwanie.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment