*


************************************************************************************************************************************************************************************************
Showing posts with label Stimulaterapi Al-Muqmin. Show all posts
Showing posts with label Stimulaterapi Al-Muqmin. Show all posts

Wednesday, 4 June 2014

Testimonial: Tuan Rayyan Ariff

Isu-isu besar bagi Rayyan Ariff adalah:

1. Sawan : Alhamdulillah, satu pencapaian yang sangat mengagumkan bagi saya sebab dari first EEG test masa umo 10 bulan sampai yang latest ni, tak pernah seizures-free. Kali ni, Alhamdulillah bebas. Even without taking any seizures medicine. Kot tak, he's on epilim sebijik pagi and epilim plus clobazam setengah biji each for malam. Terima kasih untuk Kak Ija of Pusat Stimulaterapi Shah Alam yang banyak membantu dan merawat. It seems like he has been responding well to the treatment. Harap2 teruslah positif. Janganlah sesekali datang balik En. Sawan.

Yup, seizures-free selepas rawatan demi rawatan from Pusat Stimulaterapi Shah Alam. Alhamdulillah Subhanallah Alluakbar.
 
 
2. Rayyan Ariff punya adenoid and tonsil macam besar sket. Dr kata, a good candidate for adenoidectomy and tonsillectomy after first x-ray was done. Tapi monitor dulu and Dr gave us some steroids. Tapi kami tak guna pun. Teruskan dengan usaha stimulaterapi yang tak pernah kurang. Tak pernah berhenti. Cukupkan jugak rawatan intensive at least 3 kali seminggu, which translate to 9 sesi seminggu.  Alhamdulillah in the next x-ray, adenoid Rayyan Ariff mengecut and he doesnt need an adenoidectomy for that. Syukur Ya Allah. For the outcome of the appointments, I gave high credit to Kak Ija of Pusat Stimulaterapi Shah Alam.
 
Alhamdulillah.. With her magic touch and pastinya dengan izin Allah, Rayyan Ariff managed to recover from the adenoid issue without having to do any surgical procedure and gained better physical ability. Syukur Ya Allah.

 
3. Masalah kesihatan. Sebelum ni Rayyan Ariff ni asyiklah selalu demam. Selsema pun kerap. Sekali kena lama baru sembuh. Alhamdulillah since berstimulaterapi, Rayyan Ariff dah semakin sihat. Rekod kedatangan ke sekolah pun tak macam dulu which was like, 4-5 hari je kot dalam sebulan. Alhamdulillah.
 
 
4. Balancing issues. Rayyan Ariff sebelum ni, memang takde good balancing. Boleh berdiri, tapi kena pegang even satu jari. Kalau lepas, terbalik terus. Padahal dari baby dok berfisio.. Sampai physiotherapist pun kata, "I've done so much on him.." Tambah pula dia ada athetosis aka involuntary movements of his body (badan bergerak sendiri), lagi la susah nak seimbangkan badan. Apa lagi nak berjalan.
 
Alhamdulillah, dengan continuous stimulatherapy, physiotherapy and occupational therapy, Rayyan Ariff sudah boleh berjalan. Lasak bukan main.
 
 
Rasanya likuan Rayyan Ariff dengan stimulaterapi ni sangat banyak berbanding yang lain. Tapi Alhamdulillah, berkat istiqamah berstimulaterapi selama 6 bulan menampakkan hasil. Biar lambat asal selamat.
 
Sekarang, kami dedahkan rawatan yang sama untuk adik Rayyan Ariff, Puteri Rifa Aleesya. Setiap kali ada sesi Rayyan Ariff, si adik pun turut sama untuk sekurangnya satu sesi. Kalau tiba bab demam, selsema dan batuk, berstimulaterapi juga yang kami pilih untuk anak-anak.

Si puteri yang banyak akal.
 
 Sumber diambil daripada FB dan blog ibu Tuan Rayyan Ariff : http://kernakasihkita.blogspot.com

Admin.


Tuesday, 3 June 2014

Testimonial: Nur Aida Qalesya ("Kak Yang")

Kak Yang mula mencuba stimula sewaktu team stimula Kak Ija turun ke Sg Petani. Sejak hari tu, hati kecil Ibu merasakan terapi ini amat sesuai buat Kak Yang. Cara rawatan yg lembut dan tidak terlalu extreme. Selepas balik dari terapi, Kak Yang mula batuk dan memuntahkan kahak sepertimana telah diberitahu oleh Kak Ija; kesan dari terapi tersebut.

 
 
Kami meneruskan terapi Kak Yang di Port Klang. Kak Yang semakin menampakkan perubahan posisitf selepas menjalani terapi selama tiga hari berturut. Ibu menguatkan hati, mula membuka ryles tube Kak Yang sejak dari hari tersebut. Alhamdulillah Kak Yang mula pandai menghisap kembali susu botol dan jugak breastfeeding. . Walaupun pada mulanya amat risau kerana Kak Yang kurang makan dan berat badan susut mendadak. Namun dengan tekad dan tawakkal kepada Allah, semakin hari semakin pandai menelan. Kak Yang juga dah pandai makan bubur nasi dan nestum.
 
 
  
 
Julai 2013
 
Biar gambar ini berbicara sendiri.. Siapa sangka anak yang hampir setiap hari menghabiskan masa di hospital sebelum ini telah sihat sebenuhnya. Tiada lagi ryles tube, mesin suction, nebulizer, pnemonia, fibrele fit, demam panas, sembelit... Dia kini mampu menyusu seperti biasa, makan soft diet, bergolek ke kiri dan kanan, menjulur ke depan walau hanya sedepa, sedang cuba untuk duduk dan berdiri. Syukur.. Syukur..
 
Catatan diambil daripada blog dan FB ibu Nur Aida Qalesya: http://darwanie.blogspot.com/

Sunday, 1 June 2014

Wajah baru Stimulaterapi Al-Muqmin yang lebih mesra dan bertenaga~

Assalamualaikum..
 
Wajah baru Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin Shah Alam!!
 
Lebih ceria, lebih bertenaga dan lebih mesra..



 
Kerana kami di sini adalah ibarat sebuah keluarga besar..
Dan pastinya kami akan terus cuba memberi yang terbaik untuk anda..
 

Saturday, 31 May 2014

Kebanjiran di Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin!!

Assalamualaikum.
 
Banjir lagi.
Trend terkini Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin Shah Alam.
 
Fully booked bilik, khemah menjadi alternatif. Semoga di mana pun mereka melelapkan mata, Allah SWT memberikan kesembuhan kepada anak-anak syurga ini. Amin.
 
Tema sempena cuti sekolah mungkin? ;-)
 


 
 
Wassalam,
Admin.

Tuesday, 18 March 2014

Pakej Penginapan yang ditawarkan oleh Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin Shah Alam

Bagi memenuhi keperluan penerima rawatan yang datang daripada luar lembah klang, pihak kami juga ada menawarkan pakej penginapan dengan harga yang berpatutan. Bagi merawat penyakit-penyakit yang memerlukan rawatan ulangan dan rawatan yang berterusan, pihak kami mengambil inisiatif menawarkan pakej ini bagi memberi kemudahan kepada penerima rawatan.
 
Contoh bilik yang disediakan
 
Satu bilik + 2 katil (super single)
1 katil = RM20 per night
Boleh memuatkan dua keluarga (ibu dan anak)
 
Untuk satu bilik bagi satu keluarga (+ayah)
1 bilik dengan 2 katil = RM40 per night.
 
 
Sekitar Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin Shah Alam

Bilik rawatan

Ruang menonton

Bilik no.2

Bilik mandi

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Ija di 012-9137266.
*Tempahan awal adalah diperlukan terutamanya cuti sekolah