*


************************************************************************************************************************************************************************************************

Monday 2 June 2014

Testimonial - Megat Idris Naquiyuddin ("Lope")

Perawat: Mahmood Ija.
 
Hasilnya selepas 6 sesi (dengan izin Allah):

- Mulut Lope riuh satu rumah. Bercakap bahasa jermannya non-stop, membebel, ketawa dan tergelak;

- Selera makannya bertambah (alhamdulillah) . Pipinya dah berisi, lengan, perut & pehanya dah membulat. Memang sedap Mama peluk malam-malam;

- Sedikit gemar akan tali, rambut atau apa-apa sahaja yang menyerupai tali. Wayar pun boleh. Lope akan pegang, pusing dan pintal dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang satu badan dibelitnya. Sekurang-kurangnya, gripping skill dia dah improve. Dulu, langsung tak mahu pegang apa-apa tangannya.

 
- Alhamdulillah, perkembangan terbesar bila Lope punya keinginan untuk bangun berdiri dengan sendiri. Selama ini, Lope tak kisah pun untuk berdiri, tetapi dia akan berdiri bila saya letakkan dia dalam posisi berdiri. Mungkin sekadar mengambil hati Mama.
 
- Tak cukup dengan berdiri, Lope cuba memanjat pulak. Alhamdulillah. Cubaan beberapa kali nak panjat kabinet TV tu memang buat hati Mama berbunga happy.

Menurut stimulaterapistnya, selama ini banyak blockage dalam saluran saraf Lope yang mengakibatkan pengaliran oksigen tidak sampai ke otak. Bila oksigen tidak sampai ke otak, otak tidak dapat memproses input dan seterusnya memberikan isyarat kepada anggota-anggota badan yang lain untuk berkerja.

Tapi, selepas 6 sesi juga, ada peritnya. Lope sakit, diserang asma kronik. Tapi selepas itu, alhamdulillah, Lope dah kembali aktif, bertenaga dan berselera.
 
 
Catatatan diambil daripada belog bonda Megat Idris: http://puteri-nuur.blogspot.com/2013/06/lope-stimulaterapi.html

No comments:

Post a Comment