*


************************************************************************************************************************************************************************************************
Showing posts with label Cerebral Palsy. Show all posts
Showing posts with label Cerebral Palsy. Show all posts

Tuesday, 3 June 2014

Testimonial: Nur Aida Qalesya ("Kak Yang")

Kak Yang mula mencuba stimula sewaktu team stimula Kak Ija turun ke Sg Petani. Sejak hari tu, hati kecil Ibu merasakan terapi ini amat sesuai buat Kak Yang. Cara rawatan yg lembut dan tidak terlalu extreme. Selepas balik dari terapi, Kak Yang mula batuk dan memuntahkan kahak sepertimana telah diberitahu oleh Kak Ija; kesan dari terapi tersebut.

 
 
Kami meneruskan terapi Kak Yang di Port Klang. Kak Yang semakin menampakkan perubahan posisitf selepas menjalani terapi selama tiga hari berturut. Ibu menguatkan hati, mula membuka ryles tube Kak Yang sejak dari hari tersebut. Alhamdulillah Kak Yang mula pandai menghisap kembali susu botol dan jugak breastfeeding. . Walaupun pada mulanya amat risau kerana Kak Yang kurang makan dan berat badan susut mendadak. Namun dengan tekad dan tawakkal kepada Allah, semakin hari semakin pandai menelan. Kak Yang juga dah pandai makan bubur nasi dan nestum.
 
 
  
 
Julai 2013
 
Biar gambar ini berbicara sendiri.. Siapa sangka anak yang hampir setiap hari menghabiskan masa di hospital sebelum ini telah sihat sebenuhnya. Tiada lagi ryles tube, mesin suction, nebulizer, pnemonia, fibrele fit, demam panas, sembelit... Dia kini mampu menyusu seperti biasa, makan soft diet, bergolek ke kiri dan kanan, menjulur ke depan walau hanya sedepa, sedang cuba untuk duduk dan berdiri. Syukur.. Syukur..
 
Catatan diambil daripada blog dan FB ibu Nur Aida Qalesya: http://darwanie.blogspot.com/

Sunday, 1 June 2014

Wajah baru Stimulaterapi Al-Muqmin yang lebih mesra dan bertenaga~

Assalamualaikum..
 
Wajah baru Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin Shah Alam!!
 
Lebih ceria, lebih bertenaga dan lebih mesra..



 
Kerana kami di sini adalah ibarat sebuah keluarga besar..
Dan pastinya kami akan terus cuba memberi yang terbaik untuk anda..
 

Saturday, 31 May 2014

Kebanjiran di Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin!!

Assalamualaikum.
 
Banjir lagi.
Trend terkini Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin Shah Alam.
 
Fully booked bilik, khemah menjadi alternatif. Semoga di mana pun mereka melelapkan mata, Allah SWT memberikan kesembuhan kepada anak-anak syurga ini. Amin.
 
Tema sempena cuti sekolah mungkin? ;-)
 


 
 
Wassalam,
Admin.