*


************************************************************************************************************************************************************************************************
Showing posts with label Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan. Show all posts

Sunday, 16 March 2014

Rawatan-rawatan yang ditawarkan oleh Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin Shah Alam

Terapi Minda dan stimulasi otak kanan
Bagi anak-anak atau mereka yang mempunyai masalah berikut:
  1. Menghidap dyslexia / Autism / Cerebral palsy
  2. Mengantuk semasa proses pembelajaran
  3. Tidak dapat memberi tumpuan (fokus) semasa belajar
  4. Malas untuk belajar
  5. Lemah atau lembab
  6. Kurang aktif
  7. Gemar bermain "game" / menonton TV
  8. Gemar makanan ringan dan makanan segera
  9. Gemar meminum air berkarbonat
  10. Hyperaktif
  11. Lain-lain penyakit berkaitan saraf di kepala
Mereka ini menghidap "Oxygen deficiency disease" yang mana ianya boleh dirawat melalui terapi minda.
 
Post Natal Homecare
Rawatan selepas bersalin untuk memulihkan dan membetulkan urat-urat, melancarkan perjalanan darah dan mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan badan. Rawatan stimulaterapi ini akan diberikan kepada ibu dan anak.
 
Stroke dan penyakit2 lain
Mencegah, mengurangkan dan menyembuhkan pelbagai penyakit seperti strok, migrain, jantung, obesiti, sakit kepala, resdung, buasir, terseliuh, sembelit,gout dan lain-lain lagi penyakit berkaitan saraf dan organ dalaman.
 
 

Saturday, 15 March 2014

Rawatan Stimulaterapi


  • 100% Selamat
  • Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia Ahli Persatuan Pengamal Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL)
  • Bernaung di bawah Federation of Complementary & Natural Medical Association, Malaysia (FCNMAM)
  • Perawatan semulajadi tubuh
  • Tiada kesan sampingan
  • Berkesan secara fizikal dan psikologi
  • Membantu mengubah cara hidup yang negatif
  • Ianya rawatan komplimentari iaitu menjadi pelengkap kepada perawatan moden
  •  

Friday, 14 March 2014

Apa itu Stimulaterapi?

Stimulaterapi ialah satu kaedah rawatan terapi yang diasaskan oleh Dato' Dr Rusly Abdullah (DIMP, PJK). Terapi ini ialah satu terapi holistik yang berupaya menyeimbangkan tubuh badan, minda dan semangat sekaligus merangsang atau menggalakkan kepada gaya hidup yang sihat. Terapi ini adalah satu kaedah rawatan yang berasaskan sistem perubatan tradisional/awal seperti mana juga yang tertulis dalam Huang Di Nie Jing - The Yellow Emperor book of medicines.

Ianya merupakan satu kaedah perubatan yang merangsang titik-titik tertentu pada tubuh mengikut prinsip keseimbangan ying dan yang melalui terapi urutan dan accupressure (tekanan menggunakan jari). Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada kesihatan organ-organ tertentu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh membentuk saluran tenaga (energy channel) atau meridian tubuh.

Persatuan Pengamal Stimulaterapi Malaysia ("PESTIMAL")

(1535-11-6EL)